Saturday, March 26, 2011

untuk dia walau dimanapun dia berada.....

Duhai kamu yang meminjamkan rusukmu untukku....

Di ceruk manapun kini kau berada..bagiku kau ibarat bintang yang bercahaya..yang mampu memberiku sinar,tapi tak berdaya aku samakan engkau dengan bintang..kerana Allah mencipta manusia sebaik2 ciptaan..dan bagiku..manusia sangat tinggi darjatnya..sebagai KHALIFAH..

Menatap wajahmu membuatku khayalkan kamu,menginginkan kamu sepenuh hatiku,seluruh jiwa..secerah mentari pagi..

Oleh itu..janganlah kau menguntai senyum manismu,kerana sungguh hati wanitaku terlalu lemah dengan keindahan senyummu yang mampu meruntun jiwaku..

Berdua denganmu ibarat mimpi yang tiada penghujung dalam hati wanitaku,merasa kasih arjunamu dengan pimpinan cinta yang sesejuk salju bagai ingin yang tiada penamat.

Mungkin kau tidak mengerti...dimataku kau hanya lelaki biasa andai jari2 mu sudah biasa membinasa,hanya sekadar lelaki biasa.Maka jangan pernah kau memandangku penuh..Bahkan jangan kau melirikku dengan pesona indahmu..bukan kerana aku terlalu indah,,tapi kerana kotornya aku bila dipandang sebegitu..

Meski ku cuba mempertahankan diriku,aku masih insan lemah,masih wanita biasa yang selalu kalah dengan godaanmu..Oleh itu,janganlah kau meminta lebih dariku...

Kan ku tunggu dirimu,dengan doa dan harapanku pada Tuhanku..sungguh..aku tahu,akan ada kau yang satu Allah pilihkan untukku..maka dengan itu,biarkanlah aku mendidik jiwaku tanpamu...

Kan ku bias harapanku dengan Istikharah Cinta memujuk Tuhanku..

Mungkin kau kan muncul nanti..mungkin juga kau tak ada sampaiku mati..tapi ku yakin JANJI ALLAH ITU PASTI...andai baik diriku..pasti kau pun begitu...

Tiada pilihan terbaik sebaik pilihan RABBI untukmu..ku harap aku mampu menjadi yang terbaik untukmu..untuk menjadi MAKMUM dan pimpinanmu wahai BAKAL IMAMku..

Dan semoga cinta agung tetap menjadi keutamaanmu..yang menentukan hidup mati dan jodoh disetiap hembus nafas kita..KETAHUILAH,DI MANA PUN KAU BERADA KINI..SEMOGA KAU MENJADI MUKMIN SEJATI..MELINDUNGI YG KAU CINTAI...
  source:http://cheguain.blogspot.com/2011/03/l

No comments:

Post a Comment